Syarat Kemasukan Program Matrikulasi
Pusat Matrikulasi UKM Kementerian Pendidikan Malaysia menerima pelajar-pelajar
yang lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM. Buat masa ini, Pusat
Matrikulasi UKM menawarkan program berikut :
-
Matrikulasi Sains
-
Matrikulasi Undang-undang
-
Matrikulasi Perakaunan
-
Matrikulasi Kejuruteraan
Syarat untuk kemasukan ke program di atas adalah seperti berikut :
1. Matrikulasi Sains
Kepujian dalam Bahasa Melayu dan Matematik serta mendapat kepujian dalam
3 matapelajaran seperti berikut : Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi
dan Sains Tambahan.
Pelajar juga perlu lulus Bahasa Inggeris.
2. Matrikulasi Undang-undang
Kepujian dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah.
Pelajar juga perlu mendapat 2 kepujian lain dalam mana-mana matapelajaran
teras atau elektif.
Pelajar yang mendapat kepujian dalam Bahasa Arab atau Bahasa Inggeris
1119 akan diberi keutamaan.
3. Matrikulasi Perakaunan
Kepujian dalam Bahasa Melayu dan Matematik serta mendapat kepujian dalam
3 matapelajaran berikut :
Sejarah, Geografi, Pendidikan Islam, Perdagangan, Prinsip Perakaun,
Ekonomi Asas, Sains dan Kesusasteraan Melayu atau Inggeris.
4. Matrikulasi Kejuruteraan
Kepujian dalam Bahasa Melayu, Matematik dan Fizik serta mendapat kepujian
2 matapelajaran berikut : Matematik Tambahan, Kimia, Pengajian Kejuruteraan
dan Elektronik atau Lukisan Kejuruteraan atau Teknologi Kejuruteraan.
Pelajar juga perlu lulus Bahasa Inggeris.
Pengambilan pelajar dibuat melalui Unit Pusat Universiti (UPU) selepas
keputusan peperiksaan SPM diumumkan.
Syarat kemasukan tertakluk kepaa pindaan pihak UKM.
[Muka depan]