OBJEKTIF  PROGRAM MATRIKULASI UKM

 
    1
    Menyediakan peluang pendidikan pasca-menengah kepada pelajar-pelajar remaja khususnya Bumiputera sebagai alternatif kedua ke arah pendidikan tinggi (selain melalui sistem konvensional Tingkatan Enam)
     
     
    2
    Memberi peluang pendidikan pra-Universiti secara terancang dan terkawal sebagai lanjutan kepada provisi pendidikan yang terdapat di Sekolah Berasrama Penuh.
     
     
     
    3
    Melaksana dan menyempurnakan program Matrikulasi UKM bagi memenuhi keperluan fakulti-fakulti berdisiplin sains dan ikhtisas
     
     
    4
    Menyahut seruan dan harapan kerajaan dan negara bagi menghasilkan sebanyak mungkin bakal siswa-siswi Bumiputera yang berpotensi dan berkelayakan bagi memasuki UKM dan institusi pengajian tinggi luar negeri dalam rangka pembangunan negara
     
     
     
    5
    Memberi kesempatan kepada memperolehi pengetahuan dan pengalaman dalam usaha mewujudkan masyarakat yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian, kesentosaan masyarakat dan negara.
     
     
     
    6
    Mendidik dan mempersiapkan pelajar menghadapi alam remaja dan pendidikan tinggi dengan penuh tabah dan cabaran.
     
     
    7
    Menanam sikap positif ke arah penghayatan bahawa peraturan yang diinstitusikan bukanlah sebagai perintah tetapi sebagai peringatan
 
 [Muka depan]