FALSAFAH

 

Kesinambungan pendidikan melalui program Matrikulasi dan penghayatan ilmu secara terancang, seimbang dan bersepadu selaras dengan moto :

ILMU, AMAL dan TAKWA
dapat mengubah nasib anak bangsa ke arah kesejahteraan ummah dan kesentosaan negara.
 

PERLAKSANAAN KURSUS

Kurikulum Matrikulasi di Pusat Matrikulasi UKM Kuala Pilah ditentukan oleh pihak UKM. Pusat ini hanya melaksanakan dasar dan perancangan yang ditentukan oleh UKM. Sistem pengajian yang diamalkan di sini ialah sistem semester dan sistem pengajarannya pula ialah sistem kuliah, tutoran dan amali.

Terdapat dua kumpulan pelajar dengan kombinasi matapelajaran seperti berikut :
 

KUMPULAN 1 KUMPULAN 2
Biologi  
Fizik  
Kimia  
Matematik  
Bahasa Inggeris  
Tamadun Islam
Matematik Lanjutan  
Fizik  
Kimia  
Matematik  
Bahasa Inggeris  
Tamadun Islam
 
 
Tamadun Islam tidak diambilkira gred pencapaiannya.

Sebelum sesi 1995/96 kursus Ekonomi juga ditawarkan.

Penilaian adalah berdasarkan kepada Ujian Pertengahan Semester dan Peperiksaan Semester serta kerja-kerja kursus.

Mulai sesi 1993/94 penilaian kursus Matrikulasi Sains UKM menggunakan sistem  Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK). Nilai gred ialah dari 0.00 hingga 4.00.Pelajar yang mendapat PNGK > 2.00 dan lulus semua matapelajaran sahaja yang layak terus ke fakulti-fakulti di Universiti Kebangsaan Malaysia.
 

[Muka depan]